Aplikasi ezJPN (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk mempertingkatkan kecekapan operasi perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada rakyat melalui penggunaan teknologi automasi dan pendigitalan. Aplikasi ini membolehkan anda (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") mendapatkan perkhidmatan JPN secara atas talian melibatkan proses pendaftaran pengguna, permohonan, pembayaran dan serahan dokumen. Penggunaan aplikasi ini secara tidak langsung akan menjimatkan tempoh masa pengguna berurusan di kaunter.
Selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), notis polisi privasi ini dikeluarkan bagi pihak berikut:
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Infomina Berhad (No. Pendaftaran Syarikat 200701018579)
Aplikasi ezJPN dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditadbir oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pengoperasiannya dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan sentiasa memastikan bahawa data peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
Apabila Pengguna log masuk ke Aplikasi, Pengguna boleh dengan selamat:
- Mengemukakan permohonan cabutan daftar alamat kad pengenalan (JPN.KP13), melakukan pembayaran bagi setiap permohonan dan memuat turun dokumen JPN.KP13 serta melihat status permohonan.
- Mengemukakan permohonan cabutan sijil kelahiran bagi diri sendiri atau waris, melakukan pembayaran bagi setiap permohonan dan memuat turun dokumen serta melihat status permohonan.
- Mengemukakan permohonan cabutan sijil kematian, memuat turun dokumen serta melihat status permohonan.
Maklumat Yang Dikumpul
- Aplikasi ini mengumpul data dengan persetujuan Pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui, tetapi tidak terhad kepada proses pendaftaran dan permohonan.
- Data peribadi yang dikumpul semasa pendaftaran pengguna dan permohonan adalah seperti berikut:
| Modul | Pengumpulan Data Peribadi |
|---|---|
| Pendaftaran Pengguna |
|
| Permohonan Cabutan Sijil Kelahiran |
|
| Permohonan Cabutan Sijil Kematian |
|
| Permohonan Cabutan Daftar Alamat Kad Pengenalan (JPN.KP13) |
|
Ringkasan Kebenaran
- Kebenaran untuk mendapatkan akses kepada aplikasi/fungsi berikut di bawah diperlukan untuk pengalaman terbaik menggunakan Aplikasi. Pengguna dianggap telah memberi kebenaran apabila anda mengklik pada butang "Benarkan" dalam Aplikasi.
| Kebenaran Aplikasi Telefon | Tujuan |
|---|---|
| Kamera |
|
| Fail, Foto, Audio & Video |
|
- Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas, kecuali diperlukan bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang.
- Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.
Aplikasi mungkin apabila dan di mana berkaitan atau perlu, mungkin memerlukan Pengguna mengisi data sendiri. Aplikasi tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang data yang tidak betul atau tidak mencukupi yang Pengguna berikan, atau akibat daripada data tersebut dimuat naik ke Aplikasi.
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak dibenarkan, tidak lengkap ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan Pengguna untuk sebarang tujuan dalam penggunaan Aplikasi ini mungkin tidak diterima atau tidak diproses atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi ini mungkin ditolak atau terjejas.
Pengguna bertanggungjawab untuk memberikan data peribadi yang relevan dan tepat kepada Aplikasi dan mengikut undang-undang semasa di Malaysia.
Kerahsiaan
Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan dirahsiakan mengikut Dasar Privasi ini selaras dan mana-mana undang-undang terpakai yang mungkin berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
Keselamatan Data
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data dalam transit disulitkan dan data dalam keadaan rehat (data at rest) disimpan dalam pelayan yang sangat terjamin dengan ciri keselamatan yang tinggi.
Hubungi Kami
Jika Pengguna mempunyai sebarang soalan atau maklum balas yang berkaitan dengan data peribadi Pengguna dan Polisi Privasi kami, sila hubungi kami melalui e-mel di pro@jpn.gov.my.
Notis Penafian
Pengguna tidak akan mempunyai akses kepada Aplikasi melainkan Pengguna telah bersetuju dengan dasar privasi ini.
Perubahan kepada Dasar Privasi
Syarat dasar privasi ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan ketara pada dasar ini, ianya akan dikemaskini di halaman ini.